Thursday, August 25, 2011

mai blajaq loghat kedah woiii


Mai Belajaq Loghat Kedah
PERKATAAN
SEBUTAN
MAKSUD
CONTOH PENGGUNAAN DALAM AYAT
ghonot
[gho.not]
 tundukkan badan ketika melalui dibawah sesuatu
 Hang kena hati-hati sikit ghonot bawah pokok tu, banyak dahan gheput.
ghupin
[ghu.pin]
 kulit kering dari luka
 Ghupin hang hari tu dah lega dah noo..
kecek
[ke.chek]
 pujuk
 Nak duit ? Nu, pi kecek pak hang...
seluloi
[se.lu.loi]
 kerap kali
 Seluloi sangat dah, aku bagi pinjam duit kat Non tuu...
meghelop
[me.ghe.lop]
 hampir malam
 Hampa ni main sampai tak tau nak beghenti, dahmeghelop dah nih.. pi balik kaihh..
ghona-ghoni
[gho.na]
 warna-warni
 Ambooii, cantiknya ghona-ghoni baju dia
ghayup
[gha.yup]
 lesap sekelip mata/ terlalu laju
 Ish, puak ni bawak mutu meghayup nak mampuih.. kot!
ghosek
[gho.sek]
 selongkar
 Apa hang ni, dok ghosek laci meja aku ni..
nyuloq
[nyu.loq]
 jatuh tersembam/ dibelasah teruk
 Haa, ,baru dia ada akai, kena taboh sampai menyuloq.. kahaq sangat!
buloq
[bu.loq]
 lapar sangat
 Tak kebuloq aku nak makan masakan dia tu..
taboh
[ta.boh]
 pukul/ belasah
 Dengaq kata hang kena taboh dek Mat Rosni semalam?
ghelah
[ghe.lah]
 terkoyak
 Alamak! Ghelah baju aku kalau Mat Habib pakai!?
ghunaih
[ghu.naih]
 cungkil/ kupil
 Woi Jat! Hang dok ghunaih apa, tengok jaa dah laa..
geghek
[ge.ghek]
 basikal
 Setiap pagi Zainol kayuh geghek ke tempat gheja!
mod
[mot]
 bawak pembonceng/  penumpang
 Jat dok mod Nuri pi mana tuu...!? Sakan depa noo...
sakan
[sa.kan]
 hebat/ tak sangka
 Sakan jugak Jat ni.. dapat jugak dia si Nuri tu..!
sekeh
[se.keh]
 luku secara sipi
 Ish! Aku sekeh budak Sepol ni.. pat kali ajag tak gheti-gheti lagi.?!
seneghih
[se.ne.ghih]
 selisih
 Lah! Hang seneghih ngan aku kat K.L hari tu buat tak tau aja!
Meghenin - tegang/cekang- perut Chaq nampak meqhenin selepas dia makan nasik tambah yang dihidangkan kat rumah kenduri tadi
Cemuih - bosan- cik putih ngan vics dah cemuih nak dengaq pak chaq dok perayat(mencurah rasa) depa hari-hari
Menyeghok - sarapan pagi- pagi tadi misai ngan mat bed dok usha nasik lemak bekalan aku tu sebab depa tak menyeghok lagi
Menghenyeh - gatai menqhela- tak habih-habih chaq dok menghenyeh kat cik putih tu  
Ndoi - buaian- isteri chaq selalu marah kat dia pasai dia penyegan nak hayun ndoi anak dia
cheme - pree- ada team yang mendapat mata cheme pada satu pertandingan kelmarin
seneghih - berlaga sipi-sipi – pintu gheta pakmid calaq sbb seneghih ngan lori aih


beghetoh - berlaga, tersentuh – habih kulit dia jd gatai sbb beghetoh ngan pokok keladi blakang ghumah..
pengkaq - jalan mengengkang sikit, "korie tu, tak padan ngan kaki pengkaq, ada hati nak main bola 7 sebelah"
mandom - lembab/slow, " awat yang mandom sangat ni... tak cukup tidoq kot semalam?"
pangkin - benda yang ada 4 kaki rendah sikit drp meja, selalunya diletakkan dibawah pokok sebagai tempat berehat atau megheloh"
cunggit - "misai, mai dok tengah sikit, satgi cunggit, hang tu dahlah badan macam gasi"
ayam piru - ayam belanda/turkey
pak/mak/anak menakan - pak/mak/anak saudara
ketoq - bekas isi bahan buangan yang selalunya diperbuat dari tin


Heliaq - sapu atau lap
ayat dia : lepas makan jangan dok heliaq kat baju.
Kelepiaq - elakkan diri dari buat kerja.
ayat dia : hang jangan dok kelepiaq kalau aku suruh pi kedai.
Melingkaq - maksud dia aku tak pasti tapi ayat dia lebih kurang macam ni : tuu dia tengok misai tidok melingkaq macam ulaq sawa.
Baloq liat - malas
ayat dia : heee tengok budak misai tu,dah la tidoq melingkaq,baloq liat lak tu.
Ceghin – tegak –selalu dikaitkan ngan bebulu.. bulu ghoma, rambut..


Kughuih kedekiang - teramat kurus.
ayat dia : korie tu dah la kughuih kedekiang,rambut pulak ceghin macam bulu landak.


kawaq - pencuri
melewaq- merayau/melilau
teqhebe - lastik cth : kepala pengadil habih bdarah krn diteghebe oleh peyokong kedah yg tak puas ati...
cemerkap - tak cermat
megheben - mengarut
celuih - muat,padan
oklah..tu saja utk kali ni..nanti ada words yg best kita tulih lg..
idup kedah!!kedah boleh!!

No comments:

Post a Comment